Oleh
ROHANI IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Jun 2009“ Orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.
Kementerian Pelajaran bukan hendak buat apa-apa keputusan atau cadangan berhubung kedua-dua perkara itu."Saya sekadar melontarkan perkara itu kepada masyarakat untuk mendapatkan pandangan. Saya anjurkan supaya ada maklum balas masyarakat dalam bentuk debat," katanya.Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung pertama Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.Hadir sama presiden penaja persatuan alumni itu, Tan Sri Yahaya Ibrahim.
Muhyiddin menambah, memandangkan beliau hanya ingin mengumpul pandangan berhubung kedua-dua perkara itu maka tiada sebarang tempoh yang ditetapkan untuk orang ramai mengemukakan pendapat."Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot."Saya juga memerlukan pandangan masyarakat mengenai pembelajaran bahasa Inggeris pada hari ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi untuk perbualan, jelasnya.
Muhyiddin menambah, beliau melihat dua perkara itu dari sudut bagaimana kerajaan hendak tingkatkan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris."Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?" soal beliau.Timbalan Perdana Menteri menambah, masyarakat perlu memberi pandangan sama ada pelajar luar bandar akan menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus untuk lulus dalam SPM.
"Pada masa ini, lebih kurang 70 peratus pelajar boleh dikatakan lulus bahasa Inggeris tapi kalau lulus dan tidak menggunakan bahasa itu ia tidak membawa apa-apa."Bolehkah pelajar memberi perhatian lebih serius dalam subjek Bahasa Inggeris jika ia salah satu subjek wajib lulus untuk mereka lulus SPM. Saya mahu masyarakat memikirkan perkara ini, katanya.
Sumber : Utasan online
Anda Pelawat Ke:
VISI PANITIA PSV
Melahirkan warga pelajar yang peka terhadap nilai estetika seni dalam kehidupan.
MISI PANITIA PSV
Dalam pembinaan
Organisasi Panitia PSV
........Tahun 2009.......
Pengetua
PK Pentadbiran
Ketua Panitia
Label
- Buletin (1)
- Keratan akhbar (2)
- Panduan (2)
- Salam Ramadhan (1)
- Umum (1)
Penulis
Pautan
Ramalan Cuaca
Wednesday, June 10, 2009
SPM : lulus B.I wajib ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu Sekarang
Waktu Solat
PMR DAN SPM 2010
OBJEKTIF PANITIA
1. Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
2. Berusaha mendapat strategi mengajar yang inovatif dan yang boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran
3. Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan berpandukan strategi yang ditunjukkan dalam rancangan akedemik sekolah
4. Mewujudkan semangat bekerjasama di antara Panatia Mata Pelajran dengan Persatuan atau Kelab Akademik.

PERANAN PANITIA PELAJARAN
1.Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru untuk kegunaan ahlinya
2.Menyediakan rancangan mengajar yang selaras untuk penggal-penggal persekolahan
3.Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pentadbir
4.Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau buku bacaan tambahan untuk kegunaan pelajar dan guru kepada pusat sumber
5.Menyelaras ujian dan peperiksaan dan menubuhkan bank soalan
6.Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan
7.Mengadakan mesyuarat secara berkala dan pertemuan 'ad hoc' jika perlu
8.Bertukar pengalaman
9.Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan kelab dan persatuan
10.Bekerjasama dengan panatia lain
11.Melantik setiausaha menyediakan minit
12.Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit, laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod berkaitan

0 comments:
Post a Comment